MAKLUMAN PENGOPERASIAN KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH) SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Maklumat Terkini

Assalamualaikum wbt,

Dengan ini dimaklumkan bahawa MARSAH telah mula beroperasi sebagaimana ketetapan berikut:

 

📌Tarikh : Berkuatkuasa mulai 9 November 2020 – 6 Disember 2020

📌Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang

 

Walau bagaimanapun, perubahan waktu operasi boleh berlaku sekiranya terdapat arahan/perintah baharu oleh pihak berkuasa yang berkenaan atau kerajaan selaras dengan perkembangan semasa COVID-19 di Malaysia.

 

Nasihat berkaitan COVID-19

– Patuhi arahan PKPB

– Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa (kerapkan basuh tangan dan gunakan hand sanitizer)

– Memakai pelitup separuh muka (half-face mask)

– Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kuranya 1 meter

 

Semoga kita berjaya memutuskan rantaian COVID-19.