admin@kuijsi.edu.my 07-2332400

Mengenai KUIJSI

Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) dahulunya dikenali sebagai Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Sejarah awal Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai pusat pengajian tinggi Islam dan bahasa Arab telah wujud pada tahun 1997 apabila Majlis Agama Islam Johor telah membuat keputusan meningkatkan lagi taraf pengajian di Maahad Johor kepada pengajian tinggi Islam dengan mengekalkan kedudukan Maahad Johor sebagai sekolah menengah tinggi dan MARSAH sebagai IPT.

Tawaran Kemasukan Secara Online

Ambilan Tahun 2024

Tawaran pengajian peringkat diploma telah dibuka bagi lepasan SPM, STPM STAM dan yang setaraf dengannya

Sekolah Pengajian Islam

Sekolah Pengajian Islam menawarkan empat program pengajian
iaitu Diploma Usuluddin, Diploma Tahfiz Wa Al – Qiraat, Diploma Pendidikan Tahfiz Wa Al – QIraat dan Diploma Syariah Islamiah.

Sekolah Dakwah

Sekolah Dakwah menawarkan satu program pengajian iaitu Diploma Pengurusan Dakwah.

Sekolah Pendidikan

Sekolah Pendidikan menawarkan dua program pengajian iaitu Diploma Pendidikan Islam & Diploma Pendidikan Awal Kanak – Kanak.

Sekolah Muamalat & Pengurusan

Sekolah Muamalat & Pengurusan menawarkan dua program pengajian iaitu Diploma Perbankan Islam dan Diploma Kewangan Islam.

Like & Follow KUIJSI Di Facebook
Facebook Pagelike Widget
Pengumuman Penting